Tuesday, 21 April 2015

Hanya seorang Mufti yang bersuara dari ramai-ramai Mufti yang ada?

Mufti Wilayah gesa Putrajaya kecualikan GST kepada orang Islam

Published: 17 April 2015 1:56 PM




Mufti Wilayah Persekutuan berkata orang Islam di Malaysia sepatutnya dikcualikan GST kerana mereka sudah membayar zakat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 April, 2015.




Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad menggesa Putrajaya mengecualikan warganegara beragama Islam daripada membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana mereka sudah melunaskan zakat berdasarkan agama Islam.


Cadangan itu dibuat Zulkifli menerusi laman Facebook Mufti Wilayah Persekutuan semalam di samping menggesa Putrajaya mengurangkan kadar GST sedia ada.


"Kadar 6% hendaklah dikurangkan mengikut kemunasabahan dan kemampuan rakyat kebanyakan pada masa kini.


"Masyarakat Islam yang membayar zakat tidak lagi dikenakan GST atau satu mekanisma khusus diwujudkan agar tidak berlaku dua kali pembayaran sehingga terbeban umat Islam itu sendiri."


Kenyataan sama turut diterbitkan laman rasmi mufti Wilayah Persekutuan dalam kolum “Bayan Linnas”. – 17 April, 2015.

No comments:

Post a Comment