Tuesday, 21 April 2015

Kesihan Mukhriz......

Mukhriz digesa letak jawatan MB Kedah jika tidak mahu sokong PM

UPDATED:Apr 12, 2015 07:58pm




Mukhriz menyatakan beliau hanya akan menyokong Najib jika siasatan mendapati 1MDB itu tidak bersalah, namun jika sebaliknya beliau akan bersama-sama rakyat, kata Ahmad Lebai Sudin. - Foto arkib TRP




KUALA LUMPUR, 12 April:



Datuk Seri Mukhriz Mahathir digesa melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah sekiranya enggan memberi sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin berkata, jawatan menteri besar yang disandang Mukhriz itu adalah lantikanoleh Perdana Menteri dengan sokongan kepimpinan negeri.



“Sekiranya beliau tidak lagi menyokong Perdana Menteri, elok letak jawatan,” katanya dipetik darilaporan portalSuaraTV.



Mukhriz pagi initelah memanggil seluruh pimpinan UMNO Bahagian Kedah ke kediaman rasmi menteri besar di Seri Mentalon bagi membincangkan soal krisis antara mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Najib.



Bagaimanapun tidak ada kata putus dicapai dan Mukhriz difahamkan mahu menunggu hasil keputusan laporan Ketua Audit Negara berkaitan syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Ahmad mendakwa tindakan Mukhrizitu telah dikecam oleh pimpinan UMNO Kedah yang lain kerana tidak boleh membezakan soal memberi sokongan denganisu 1MDB.



“1MDB adalah isu pengurusan yang sedang disiasat oleh Jabatan Audit Negara ia tidak harus menjadi ‘benchmark’ kepada kepimpinan Najib.



“Perdana Menteri sendiri berjanji sekiranya ada salah laku dalam 1MDB, tindakan tegas akan diambil.



“Mukhriz menyatakan beliau hanya akan menyokong Najib sekiranya (siasatan) yang dijalankan mendapati 1MDB itu tidak bersalah, namun jika siasatan mendapati sebaliknya, beliau akan bersama-sama rakyat,” katanya.






Ahmad Lebai Sudin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Kedah






Menurut Ahmad, Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom yang turut hadir dalam perjumpaan tersebut juga membidas tindakan Mukhriz dan menegaskan sokongan terhadap Perdana Menteri tidak seharusnya berpaksi kepada 1MDB semata-mata.





Bagaimanapun, Johari ketika dihubungiThe Rakyat Postenggan mengulas lanjut perkara itu.





Selain Ahmad dan Johari, antara pimpinan UMNO yang juga ADUN yang turut hadir dalam perjumpaan tersebut Nor Saidi Nanyan (Kuah), Kama Noriah Ibrhaim (Pedu), Datuk Abu Hasan Sarif (Kota Siputeh) dan Dato Ahmad Zaini Japar (Bukit Kayu Hitam).





Manakala antara ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Aminuddin Omar; dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, Datuk Badrol Hisham Hashim.





Seterusnya Ketua UMNO Bahagian yang hadir Datuk Mohd Rozai Shafian (Pendang), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Baling), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) dan Abdullah Hasnan (Kuala Kedah).

No comments:

Post a Comment