Thursday, 14 May 2015

Bukankah perkara yang Kit Siang ungkit ini Prof. Dr. Mahmood Zuhdi dah suarakan sebelum ini?

Kalau tak silap aku Dr. Mahmood Zuhdi juga produk Mesir



Disebalik isu Kit Siang 'ajar' Pas hudud


OLEHRADZUAN HASSANDIKUALA LUMPUR- 13 MAY 2015






Ramai menyifatkan tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bercakap mengenai hukum hudud dalam satu ceramah di Kelantan baru-baru ini keterlaluan.


Kit Siang dituduh cuba 'mengajar' Pas mengenai hudud yang memang menjadi wadah parti itu sejak sekian lama.


Kebetulan lokasinya pula di Kelantan - kubu kuat Pas dan negeri yang meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.


Baru-baru ini, Kit Siang dalam ucapannya di hadapan penyokong dan ahli Pas dalam program anjuran parti itu di Padang Perdana dengan yakin tidak menerima hudud atas dasar persetujuan bersama Pakatan Rakyat (PR).


Walaupun mengakui beliau bukan anti Islam tetapi mendakwa mengetahui mengenai hukum hudud selepas bertukar-tukar fikiran dengan pelajar Malaysia di Jordan dan Mesir ketika membuat lawatan ke negara itu baru-baru ini.


Beliau juga mendakwa melalui pembacaannya, hukum hudud tidak boleh dilaksanakan selagi keperluan asas dan ekonomi rakyat di sesebuah negara itu

terjamin.


"Saya bukan orang Islam tetapi dalam Jordan dalam Mesir, Jordan 92 peratus penduduk- penduduk orang Islam. Di Mesir 95 peratus penduduk- penduduk orang Islam. Dan pun di Jordan dan di Mesir tidak ada hudud.


"Dan ada pun pandangan, ada pertikaian, ada debate sama ada patutkah untuk utamakan hudud atau tidak. Apabila saya melawat pergi Jordan, melawat selain daripada Amman pergi Mafraq pergi Karak, Irbid dan baca bahawa adalah sarjana- sarjana dan ustaz- ustaz ulama-ulama Islam ada berpendapat bahawa hudud sebahagian kecil daripada undang- undang syariah dan adalah syarat-syarat sebelum ia dilaksanakan.


"Syeikh Qaradawi Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia pun ada berpendapat bahawa kalau undang- undang syariah tidak boleh dilaksanakan, masa tak sampai untuk melaksanakan hudud.


"Dan pun ada prioriti keutamaan, saya baca bahawa kalau mahu melaksanakan hudud perlulah ada syarat- syarat di mana basic needs, keperluan pokok semacam pekerjaaan, semacam perumahan semacam kesihatan dan transport lain- lain semua dibekalkan keselamatan," kata Kit Siang dalam sebahagian ucapannya baru-baru ini.


Mengenai ucapan Kit Siang, seorang pimpinan Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah kesal kerana Kit Siang membawa isu hudud seolah-olah cuba 'mengajar' Pas.


Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan itu, Kit Siang boleh berceramah di negeri itu dan bercakap soal isu semasa seperti GST tetapi kenapa membawa sekali isu hudud?


Lebih sinis, anak bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Nik Aziz menganggap 'keberanian' Kit Siang mempertikaikan hudud yang sudah diluluskan di Kelantan kerana dorongan beberapa pimpinan Pas dan PKR sendiri.


Ahli Parlimen Pasir Mas dilihat tetap konsisten mengkritik pimpinan PR yang tidak setuju perlaksanaan hudud termasuk pimpinan partinya sendiri.


Walaupun nampak bersatu ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh baru-baru ini tetapi insiden ceramah Kit Siang itu telah menimbulkan rasa tidak senang kepada pemimpin-pemimpin Pas pro ulama.


Walaupun sudah berkali-kali pemimpin Pas mengulang yang Pas dan DAP sudah bersetuju untuk tidak bersetuju dalam PR namun nampaknya DAP tidak faham-faham.


Nampaknya mereka makin tidak serasi. Walaupun sayang kepada PR namun jika terus-terusan diasak, retak yang ada bakal menunggu belah.


Apa pun ada sumber mendakwa taktik membawa Kit Siang berceramah di Kelantan kerana ada pimpinan Pas mahu membuktikan pentingnya kerjasama PR dan mendapat sokongan golongan sealirannya semasa pemilihan parti Jun ini.


Kepada pimpinan pro ulama, ia dijadikan bahan menyerang dan mempertahankan hukum hudud dan mendapat simpati undi semasa pemilihan yang sama.


Namun kalau ada PRK dalam masa terdekat, mereka akan tetap bersatu atas kepentingan bersama iaitu melawan Barisan Nasional.-- MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment