Tuesday, 19 May 2015

UG: Ini kata Hadi

Anwar, Nik Aziz setuju kerajaan perpaduan tetapi ditolak BN, kata Hadi




Published: 19 May 2015 1:49 PM




Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika bercakap dalam program Bicara Harakah di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau mendedahkan idea kerajaan perpaduan digagaskan meliputi penyatuan semua parti ke dalam parti tunggal yang membentuk kerajaan selepas berlaku krisis Perlembagaan di Perak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 19 Mei, 2015.





Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuka ruang perbincangan baru isu kerajaan perpaduan apabila mendakwa idea tersebut pernah dipersetujui Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Menurut Hadi, idea digagaskan sebenarnya meliputi penyatuan semua parti ke dalam parti tunggal yang membentuk kerajaan selepas berlaku krisis Perlembagaan di Perak.


"Kita tak mahu lari menyertai BN. Biasanya sejarah ini tetap berulang. Sebab itu kita kemukakan unity government ini – semua parti dalam kerajaan.


"Ini dipersetujui bersama semua dalam satu pertemuan di antara saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan arwah mursyidul am kita.


"Kita bersetuju mengetengahkan perkara ini dan kita kemukakan kepada DAP. Tetapi malangnya, perkara itu terbantut kerana Barisan Nasional tak boleh menerimanya.


"Itu ceritanya, benda itu dah hilang luput daripada sejarahnya," kata Hadi pada program Bicara Harakah di Kuala Lumpur tengah hari ini. – 19 Mei, 2015.



# Malam ni aku terbang semua ke KL

No comments:

Post a Comment