Thursday, 14 May 2015

Simpati pulak aku kat Mad Maslan ni!

Korang memang tak patut pun melibatkan bapak dia yang telah meniggal dunia

Kenapa begitu sekali walau pun benci.......bapa dia tiada kaitan dalam hal ini

Kalau pun dia tipu atau konar baring mendesak rakyat.......arwah bapa dia tidak terlibat



Kecewa nama bapa jadi permainan






| May 14, 2015





MASLAN 3.85 Entended Version' dan 'Tampar Maslan' telah dipromosi di pelbagai laman sosial termasuk Whatsapp.












ahmad maslan,jangan hina


PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sekali lagi meluahkan rasa terkilan apabila nama bapanya dijadikan jenama permainan di telefon pintar.


‘MASLAN 3.85 Entended Version’ dan ‘Tampar Maslan’ telah dipromosi di pelbagai laman sosial termasuk Whatsapp.


“Ayah saya sudah tiada; tolong jangan hina dia. Maslan adalah seorang penoreh getah yang miskin dan buta huruf,” luahnya di laman Twitter


Luahan itu mendapat perhatian pengikutnya yang bersimpati dengan Ahmad.


Salah seorang daripada mereka mengakui walaupun tidak sependapat dengan Ahmad berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), perbuatan itu amat dikutuk.


“Saya pun tak bersetuju dengan datuk tapi sebarang unsur penghinaan pada manusia amat saya bantah!” komen illifadli.

No comments:

Post a Comment