Monday, 18 May 2015

Gesa sahut cabaran Mahathir: Apakah rahsia mereka?

Kenapa PAS campur tangan dalam cabaran ni.......sedangkan sebelum ini Presiden mereka beria-ia mahukan Najib dikekalkan?

Bukankah nanti sekiranya debat ini menjadi kenyataan semua perkara akan terburai.......dan kemungkinannya populariti Najib akan menunam.......dan tahta yang didudukan tidak akan bertahan

Walau pun aku yakin debat ini tidak akan berlaku namun adakah PAS mahu begitu?

Jangan ler sekali gitu.....sekali gini......macam lalang tua!



PAS gesa Najib sahut cabaran debat Dr Mahathir

mk - Published: 17 May 2015 10:10 AM




Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menyatakan di Ipoh kesediaannya berdebat secara terbuka dengan Datuk Seri Najib Razak mengenai isu 1MDB. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 17 Mei, 2015.




PAS menyifatkan pengumuman Datuk Seri Najib Razak semalam, yang hutang RM42 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini tersimpan dalam bentuk 2 bidang tanah di "lombong emas" di Kuala Lumpur, satu pengakuan yang 1MDB sudah habis menggunakan wang RM42 bilion yang dipinjamnya itu.


Oleh itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Najib harus menyahut cabaran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang menyatakan kesediaannyaberdebat secara terbuka dengan Najibmengenai isu 1MDB.


"Ia pengakuan yang 1MDB sudah habis menggunakan RM42 bilion yang dipinjamnya dan sekarang terpaksa bergantung pada pembangunan TRX dan Bandar Malaysia untuk melangsaikan hutangnya.


"Bukankah ini satu bola tanggung kepada Dr Mahathir untuk berkata yang dakwaannya mengenai 1MDB benar selama ini?


"Oleh itu, wajarlah Najib berdebat dengan Dr Mahathir apabila bekas perdana menteri itu sudah menyatakan kesudiannya dan menuduh beliau ‘tak pernah cakap betul, selalu bohong’.


"Itu satu tuduhan yang berat bagi seorang perdana menteri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


"Ini peluang Najib membuktikan siapa sebenarnya yang berbohong antara beliau dan Dr Mahathir, terutamanya apabila bekas bosnya baru sahaja terbukti silap mengenai perletakan jawatan Speaker Parlimen," kata Tuan Ibrahim.


Pada satu program di Ipoh semalam, Dr Mahathir menyatakan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah mengumumkan kepadanya peletakan jawatannya sebagai speaker Dewan Rakyat.


Bagaimanapun, perkara itudinafikan Menteri di Jabatan Perdana MenteriDatuk Seri Shahidan Kassim ketika dihubungi, dan Pandikar sendiri dalam satu kenyataan lewat malam tadi. –17 Mei, 2015.

No comments:

Post a Comment