Saturday, 9 May 2015

Soalan atau remarks?

Tak tahulah siapa yang silap di sini

Wartawan salah petik atau IGP yang salah faham?

Atau memang orang politik ni kaki belit?

Kalau sekadar bertanya kenapa IGP marah-marah?



Nak komen banyak pun tak boleh sebab aku tidak ada di sana



Azmin Dakwa Beliau Cuma Bertanya Soalan Kepada KPN


Diterbitkan: Sabtu, 9 Mei 2015 6:56 PM





SHAH ALAM:Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menafikan membuat tuduhan terhadap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid AbuBakar semasa ceramah di Permatang Pauh baru-baru ini.



Azmin berkata beliau cuma bertanya soalan kepada Khalid semasa ceramah dan bahawa beliau telah mengemukakan salinan klip video itu kepada peguamnya.



"Saya bertanya soalan kepada IGP, bukan tuduhan tapi soalan. Adakah sekarang soalan pun tak boleh. Adakah saya perlu memohon maaf untuk bertanyasoalan," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada pelajar sekolah kebangsaan Tamil diSelangor, di sini, Sabtu.



Mohamed Azmin mengulas kenyataan beliau yang dikatakan menghina Khalid dengan menggelarnya "barua UMNO" semasa ceramah politik menjelang Pilihan RayaKecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, baru-baru ini.



Beliau mengulangi bahawa kenyataannya itu hanya ditujukan kepada Ketua Polis Negara dan bukan seluruh pasukan polis. - sumber

No comments:

Post a Comment