Thursday, 14 May 2015

Alahai......MB negeriku?

Seorang MB........nak baca yang tersirat pun gagal.....

Adakah Sulaiman Palestin melawan Hussin Onn dulu beliau yakin menang?

Lainlah Ku Li lawan Mahathir yang memang Ku Li yakin menang



Bagi aku Ahmad Awang dan penyokong hanyalah menghantar isyarat sahaja supaya Hadi tahu tempat duduk dan sandarnya

Namun begitu mungkinkah Hadi dan penyokong PAS faham atau buat-buat tak faham bahasa isyarat ini!



Ahmad Awang sukar untuk menang



KOTA BHARU - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob hari ini beranggapan bekas Naib Presiden Pas, Ahmad Awang menghadapi kesukaran untuk menang bagi merebut jawatan Presiden parti pada pemilihan Jun nanti.



Ahmad berkata, hal ini kerana kewibawaan yang ada pada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sukar untuk ditandingi dengan mana-mana calon lain sehingga kini.



"Bertanding boleh tapi nak menang tu susah saya rasa," katanya kepada media, hari ini.



Beliau berkata demikian mengulas pengesahan Ahmad Awang yang akan mencabar jawatan presiden pada muktamar nanti.



[ARTIKEL BERKAITAN:Ahmad Awang sah cabar Abdul Hadi]



Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan menyifatkan perkara tersebut sebagai satu sejarah dalam politik Pas.



Dalam masa yang sama beliau mengulangi pendiriannya bahawa sehingga kini tidak ada sebab untuk menukar presiden parti.



"Setakat ini (Abdul Hadi) sesuai dengan dasar parti dan apa yang Pas miliki adalah lebih tepat apa yang ada pada presiden," katanya.

No comments:

Post a Comment