Sebab apa otak lemah?.........ko nilailah sendiri
Kalau dah otak pun lemah, macam mana nak berhujah?
Jadi yang keluar dari mulut mereka hanyalah maki hamun dan tuduhan!
Sebarkan buku fitnah ala-ala UMNO.......orang agama atau munafik, entahlah.....?
Itulah Khalid....ko bela Kit Siang, itulah buatkan orang UMNO dalam PAS marah
Kan Kit Siang tu Cina dan DAP pula komunis?!
Ko berfikir pakai otak dan menilai dengan ilmu, tetapi mereka berfikir entah pakai apa, ilmu yang terbuka secara global mana mereka ada?
Mereka kata Ulama tak boleh ditentang, pemerintah tidak boleh disanggah. Itu sebab mereka sayangkan Najib
Khalid Samad: Buktikan Kit Siang hina Islam
mk - 3:00PM - 18 May 2015
Anggota Parlimen lantang PAS Khalid Samad mencabar pihak yang mendakwa pemimpin DAP Lim Kit Siang sebagai menghina Islam tampil mengemukakan bukti.
Khalid berkata ucapan kontroversi Lim di Kota Bharu pada 10 Mei lalu hanya menjelaskan pendirian berkaitan hudud dan untuk mencari pendamaian dengan “tiada diperlekehkan rakyat Kelantan dan tidak juga dihina Islam”.
Menulis di blognya hari ini Khalid (kanan) berkata PAS sebaliknya patut berbangga apabila terdapat orang bukan Islam bercakap mengenai agama itu dan lebih baik menegur dengan baik jika ada salah faham.
“Mungkin ada yang kita tidak setuju dengan kata-kata LKS (Lim), khususnya berhubung percanggahan dengan perlembagaan.
“Tetapi adakah perlu difitnahnya dengan menuduh beliau menghina Islam, umat Islam dan hudud?” soalnya.
Khalid berkata beliau membuat keputusan bahawa Lim tidak menghina Islam setelah meneliti teks ucapannya dalam ceramah bertajuk “Kukuhkan Pakatan, Hancurkan Barisan” anjuran PAS Kota Baharu.
Beliau berkata Lim sendiri dalam ucapan itu menegaskan bahawa masalah sebenar Pakatan bukan hudud tetapi kejujuran untuk mengotakan janji yang dipersetujui ketika penubuhan gabungan pembangkang pada 2008.
“Dalam menyampaikan kefahaman beliau terhadap persoalan ini, tiada LKS sentuh walaupun sekali berhubung usaha kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hudud.
“Dia kelihatan lebih memberi tumpuan untuk menegaskan bahawa DAP tidak anti-hudud atau anti-Islam,” katanya.
.jpg)
No comments:
Post a Comment