Jawatan tertinggi PAS perlu dalam kalangan ulama, kata Mohd Amar
Published: 9 May 2015 9:42 PM
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata ahli PAS seharusnya memilih kumpulan ulama untuk memimpin supaya parti itu tidak terpesong daripada perjuangan asalnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Mei, 2015
Dua jawatan tertinggi dalam PAS perlu disandang mereka dari dalam kalangan ulama, kata Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata ahli parti seharusnya memilih kumpulan ulama untuk memimpin supaya PAS tidak terpesong daripada perjuangan asalnya.
"Padangan saya mudah sahaja, apabila berlaku apa-apa kepada orang nombor 1 (Presiden) maka automatik orang nombor 2 (Timbalan Presiden) akan ambil tempat dia.
"Jadi orang nombor 1 dan 2 ini perlu dari kalangan ulama, ia mudahkan proses penggantian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS Kelantan di Kota Baru, hari ini.
Sementara itu, Mohd Amar berkata beliau belum membuat keputusan sama ada akan bertanding jawatan timbalan presiden atau naib presiden pada Muktamar PAS ke-61, Jun ini.
Mohd Amar kini menerima 3 pencalonan bagi jawatan timbalan presiden dan ini memungkinkan pertandingan tiga penjuru antara Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (94 pencalonan) dan penyandang jawatan tersebut, Mohamad Sabu (8 pencalonan). – Bernama, 9 Mei, 2015.
# Baru tiba di KB jam 8:30 tadi dari jadual asal sepatutnya tiba jam 6:35 petang tetapi tertangguh kerana flight terpaksaabortstakeoff kerana masalah tekanan dalam kabin dan aircond.Setelah menuggu lebih dari dua jam terpaksa tukar kapal terbang.
Dahlah masa datang KL terpaksa berpusing dan berlegar selama 15 minit kerana tidak boleh mendarat akibat cuaca
Kali ini baru sedar tiket kena caj GST

No comments:
Post a Comment