Monday, 4 May 2015

Ada ker yang menyimpan 'harapan bodoh' ini?

Pada aku dari pemerhatian aku terhadap Mahathir dari dulu, Mahathir tidak akan bersuara tanpa tujuan tertentu bersabit dengan keinginannya.......

Korang nak percayakan manusia jenis ular ni?

Nak kata Mahathir sokong pembangkang.....huh jauh sekali!



'Jangan harap Dr M akan sokong Pakatan'


mk - 1:59PM - 4 May 2015





Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata bapanya tidak akan menyokong pembangkang walaupun sering memberikan pandangan yang mengkritik kepimpinan Umno.

Beliau yang juga bekas timbalan menteri berkata pandangan yang diberikan Tun Dr Mahathir adalah demi kebaikan Umno dan bukan melemahkan parti tersebut.

"Tak timbul langsung isu di mana Tun menyokong pembangkang. Tapi saya tengok pembangkang nakal juga, ada poster kata dia (Mahathir) akan datang berkempen untuk Pakatan di Rompin dan Permatang Pauh, pergi demonstrasi di depan Sogo untuk himpunan anti-GST. Itu karut.

"Dia ada pandangannya tapi pandangannya untuk kekuatan parti, tidak sesekali untuk kelemahan parti. Jadi jangan harap dia akan sokong Pakatan," katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Kenduri Rakyat di Tanah Liat, Permatang Pauh. .

Mukhriz menjawab soalan pemberita berhubung dakwaan bahawa suara Dr Mahathir dilihat mewakili pembangkang kerana sering mengkritik kepimpinan Umno.

No comments:

Post a Comment