Kalau nakkan Ulamak, Ahmad Awang dan kalau bukan Ulamak adalah Husam
Sebelum ini aku ingatkan Husam buta Arab macam aku.......rupanya tidak
Walau pun aku hanya bekas pemimpin kecil......tapi hobi utama aku tetap membaca di samping hobi menerokai alam semula jadi
Tidakkah pelik sekiranya hobi utama seorang pemimpin besar adalah menjala dan memancing?
Penantian sepucuk surat layak cabar Hadi
mk - 10:49AM - 6 May 2015
Tiga belas tahun tidak pernah dicabar, menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan mudah.
Justeru, walaupun rasmi layak bertanding, calon utama yang berpotensi mencabar Hadi, Ahmad Awang, masih mahu melihat hitam putih untuk membuat keputusan lanjut.
Sebelum ini Ahmad, presiden 17 tahun Persatuan Ulama Malaysia (PUM), berkata tiada guna beliau mengumumkan hasrat bertanding atau tidak memandangkan keadaan kempen yang didakwa kotor.
Selain Ahmad, bekas exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa turut dicalonkan bertanding mencabar Hadi Awang yang menyandang jawatan itu sejak 2003.
Husam, naib presiden PAS, setakat ini juga masih belum memberi jawapan untuk merebut jawatan itu daripada Hadi.
Hadi dipercayai selesa dengan pencalonan jauh di depan, walaupun ia tidak semestinya boleh diterjemah dalam bentuk undi dalam pemilihan awal Jun ini di Kuala Selangor.
Tuan Ibrahim: Tunggu
Sementara itu, bagi jawatan nombor dua PAS pula, jawapan sama juga diberikan oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditanya akan mencabar penyandang Mohamad Sabu.
Mohamad menyandang jawatan tersebut sejak 2011.
Selain Tuan Ibrahim, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Husam turut tersenarai mencabar Mohamad bagi merebut jawatan itu.
Mohd Amar juga setakat ini masih belum menyatakan pendiriannya. Begitu juga Mohamad yang memberi alasan untuk memberitumpuankempen pilihan raya kecil Permatang Pauh terlebih dahulu.
Calon layak bertanding dikehendaki menjawab surat sama ada menerima atau menolak pencalonan bertanding sebelum 19 Mei, jam 5 petang.


No comments:
Post a Comment