UPDATED:May 6, 2015 10:34am
KUALA LUMPUR, 6 Mei:
Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda bertindak ‘menyondol’ sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari belakang dipercayai kerana berang dengan tindakan pemandu berkenaan.
Klip video berdurasi 1:14 minit itu tersebar di media sosial itu memaparkan pemandu pacuan empat itu ‘menolak’ sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih ke tengah jalan raya yang sibuk.
Tindakan itu dipercayai dilakukan pemandu berkenaan kerana berang dengan tindakan pemandu kereta yang menghalang kenderaannya dengan meletakkan kereta berkenaan di belakang.
Keadaan kereta yang berada di tengah jalan raya itu dilihat menghalang dua daripada tiga lorong laluan terbabit.
Situasi itu menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa mengelak kenderaan berkenaan. Bagaimanapun ketika video berkenaan dirakam, kedengaran suara sorakan yang menyokong perbuatan pemandu kenderaan pacuan empat roda itu.
Lokasi dan waktu kejadian bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

No comments:
Post a Comment