Wednesday, 6 May 2015

Apa nak jadi ni? Asal buka mulut jer jadi kontroversi

Pengerusi SPR ditimpa kontroversi BM Ahli Parlimen, ‘duit minyak’

08:30PM Mei 06 2015

oleh Jimmy Adit






FOKUS: Apabila seorang individu sentiasa menimbulkan kontroversi demi kontroversi dan banyak mencetuskan rasa tidak senang ramai pihak, pihak berkuasa perlu lebih cermat dan tidak terheret ke dalam situasi yang ditimbulkannya.


Malangnya, pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) Abdul Aziz Mohd Yusof kini dalam situasi tersebut, semuanya ekoran beliau terlalu mengambil serius cadangan kontroversi oleh penceramah kontroversi Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah agar sesiapa yang ingin bertanding dalam pilihanraya sekurang-kurangnya memiliki kredit Bahasa Malaysia dalam Sijil pelajaran Malaysia (SPM)


Sukar untuk kita memahami mengapa Abdul Aziz merasakan cadangan itu layak untuk ditimbangkan oleh SPR, memandangkan beliau sepatutnya tahu hal itu melibatkan undang-undang negara.




Menurut Adun Batu Lintang See Chee How, kelayakan untuk menjadi Ahli Parlimen atau Adun terkandung di bawah Artikel 47 dan 48 Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 16, 16a dan 17 dalam Perlembagaan Negeri Sarawak.


Menurutnya, di bawa Peraturan Mesyuarat Parlimen, persidangan perlu diadakan dalam bahasa kebangsaan. Di Sarawak pula, klausa 8 Artikel 24 Perlembagaan Negeri Sarawak menjelaskan bahawa persidangan DUN boleh diadakan dalam bahasa Inggeris, dan ahli dewan boleh menggunakan bahasa peribumi ketika berucap, bergantung kepada Peraturan Mesyuarat.


Jika Abdul Aziz tidak tahu, beliau patut sudah tahu sekarang.


Selain itu, pengerusi SPR jugamembaca lebih dalam kenyataan Ridhuan sebelum memberitahu seluruh rakyat yang suruhanjaya sedang mengkaji cadangan itu.


Dalam kenyataan itu, Ridhuan bukan sahaja menyentuh soal kurangnya kemahiran dalam bahasa kebangsaan di kalangan wakil rakyat, tetapi juga menyifatkan persidangan di Parlimen seperti ‘pasar malam’ dan ‘kebudak-budakan’.


Jika dibaca dengan teliti, kenyataan itu menggambarkan penceramah itu amat kritikal terhadap masyarakat Cina. Beliau bercakap tentang sebilangan MP yang tidak dapat menguasai bahasa kebangsaan, termasuk perkataan-perkataan yang disebut dengan salah seperti ‘lu’ untuk ‘kamu’ dan ‘laja’ untuk ‘raja’.




Dalam kolumnya di Sinar Harian pada 4 Mei lalu, Ridhuan dilaporkan telah meramalkan perpecahan orang Melayu jika Dr Mahathir dibenarkan untuk terus menyerang Perdana Menteri Najib Razak.


Katanya jika ia berlaku, negara akan jatuh “ke tangan golongan ultra-kiasu (istilahnya sendiri bagi mereka dalam DAP, orang Cina dan penganut Kristian). Paling kurang, mereka akan minta jawatan timbalan perdana menteri”.


“Mereka akan terus mempertahankan sekolah vernakular dan menambah bilangan rumah ibadat. UEC (Sijil Peperiksaan Bersama oleh Dong Jiao Zong) akan diiktiraf.


“Tanah-tanah yang diduduki secara haram, diberikan pajakan 999 tahun. Begitu juga dengan ladang khinzir, kilang arak, judi, kelab malam akan bertambah.”


Inilah dia Ridhuan Tee, individu di sebalik cadangan “mengarut: yang kini sedang dipertimbangkan oleh Abdul Aziz, yang organisasinya sendiri iaitu SPR dalam keadaan kucar-kacir.


Tepat sekali kata-kata See Chee How: “Sedih apabila selepas 52 tahun penubuhan Malaysia, mereka (SPR) masih tidak mampu menjalankan pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia.”




Rakyat Malaysia boleh menjangka pilihanraya yang lebih tidak adil pada masa akan datang, berikutan kenyataan terbaru Abdul Aziz bahawa ‘duit minyak’ untuk pengundi bukanlah rasuah.


Beliau berkata, memberikan wang kepada pengundi agar mereka pulang ke kampung halaman untuk mengundi bukanlah satu bentuk rasuah. Rasuah hanya apabila ada bukti yang menunjukkan pengundi terpengaruh dan wang yang diberikan dan mengundi mengikut permintaan pemberinya.


Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga berkata yang pemberian wang seumpama itu bukanlah kesalahan di bawah undang-undang.


Memang kontroversi demi kontroversi.

No comments:

Post a Comment