Nampaknya bohong sudah menjadi trend janji BN untuk pancing undi!
Kerajaan sedia tingkat kadar penembusan jalur lebar di Permatang Pauh
TMI - Published: 5 May 2015 7:29 PM
Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedia meningkatkan kadar penembusan jalur lebar di kawasan Permatang Pauh supaya rakyat dapat menikmati perkhidmatan internet lebih baik, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari (gambar)
Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa membawa pembaharuan kepada rakyat dan tidak hanya tertumpu semasa pilihan raya sahaja.
"Sekiranya mereka memberi sokongan padu terhadap BN, pembaharuan itu akan lebih mudah dilakukan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke flat Seberang Jaya di Butterworth hari ini.
Katanya Permatang Pauh merupakan kawasan yang masih memerlukan lebih banyak pembaharuan dan pembangunan dan semua itu akan bergantung kepada wakil rakyat yang akan dipilih pada pilihan raya kecil kawasan itu Khamis ini.
"Saya percaya masyarakat di sini akan membuat keputusan yang bijak demi masa depan anak-anak mereka," katanya.
Sementara itu, Jailani berharap pengundi keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka Khamis ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan juga cuaca buruk.
Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Suhaimi Sabudin, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Salleh Isahak (Bebas) dan Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia).
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat se disabitkan kesalahan liwat dan sedang menjalani hukuman penjara lima tahun. – Bernama, 5 Mei, 2015.

No comments:
Post a Comment