Tuesday, 5 May 2015

PRK Rompin: Petanda buruk buat BN?

Pada aku kemerosotan undi dalam PRK adalah biasa

Ada yang mengatakan 'Tak keluar mengundi pun akan menang juga!'

Bukannya PAS kuat atau BN hilang sokongan

Bagi aku 'Kalau Melayu, Melayulah juga' walau pun lembu dah makanPallet........Melayu tetapbegitu!

Itulah sebabnya sehingga sekarang Melayu hidup 'bertongkat'



PRK Rompin: Kemerosotan majoriti petanda buruk buat BN?

11:23PM Mei 05 2015

oleh Mike Tan






SEKILAS PANDANG: Calon Barisan Nasional Hasan Arifin menewaskan Nazri Ahmad dari PAS dengan majoriti yang jauh berkurang daripada PRU ke-13. Hasan mendapat 23,796 undi manakala Nazri 14,907 undi.


Walaupun ramai yang sudah pun meramalkan keputusan PRK Rompin ini, Hasan hanya menang dengan majoriti sebanyak 8,895 undi berbanding allayarham Jamaluddin Jarjis yang mendapat 15,114 majoriti pada PRU lalu – pengurangan hampir 50 peratus.


Pengurangan tersebut tidak mengejutkan, dan dilihat sebagai tanda pengundi dan rakyat Malaysia yang tidak puas hati dengan GST, serta beban kewangan yang disebabkannya.


Rompin sememangnya kubu kuat BN, dan “gula-gula” yang diumumkan kepada penduduk Rompin ketika kempen, termasuk jeti baru bagi industri perikanan tempatan, nampaknya tidak memberi impak seperti yang diharapkan.


Beberapa hari akan datang, BN akan cuba mencari penjelasan kepada penguragan itu, dan mungkin akan mengatakan peratusan turun mengundi sebanyak 73 peratus, berbanding 85.9 peratus pada PRU sebelumnya, sebagai puncanya. Apatah lagi pemimpin BN sebelum ini telah mengambil pendekatan berjaga-jaga, dan ramai di kalangan mereka yang mengatakan PRK bukanlah petunjuk yang tepat terhadap sokongan kepada kerajaan atau GST, dan lain-lain.


Walaupun BN merayakan kemenangan ini, ia pasti telah menyedari merosotnya sokongan terhadap mereka, terutama di Pahang – negeri Perdana Menteri Najib Razak sendiri. Sekian lama menjadi kubu BN, Pahang mungkin tidak lagi menjadi ‘negeri selamat’ yang boleh diharapkan BN selepas ini.


Keadaan semasa termasuk kemelut 1MDB telah memberi kesan kepada pengundi, dan perkembangan ini pasti tidak baik untuk BN.


Warga Pahang telah melalui banyak cabaran mutakhir ini, dengan bencana banjir yang menjejaskan banyak kawasan negeri itu akhir tahun lalu. Ingatan pahit tentang respon kerajaan yang lambat, serta pelancongan golf Najib di Amerika Syarikat, pasti masih segar dalam fikiran mereka.


Sementara BN berjaya mengekalkan kemenangan di Rompin, ia harus menjadikan PRK ini sebagai tauladan dan bersedia untuk perlawanan yang lebih besar pada PRU ke-14 nanti. Jika keadaan kekal seperti sekarang, BN pasti akan berhadapan pertembungan yang amat sengit pada pilihanraya umum nanti. Bagaimana BN menafsirkan pencapaiannya dalam PRK Rompin ini – kemenangan yang selayaknya, atau kerana tuah sahaja – akan menentukan tindakan BN pada bulan-bulan mendatang.


Tetapi apakah pengajaran yang diperolehi BN dan Najib di Rompin? Hanya masa yang akan menentukannya.

No comments:

Post a Comment